Sempena sambutan Maulidur Rasul baru2 ni banyak cerita2 tentang nabi junjungan kita. Di media cetak dan juga elektronik. Banyak juga ceramah2 agama yang berkaitan dengan Rasulullah....tak kurang juga kita dengar penghijrahan ke arah yang lebih baik.....sesungguhnya Rasulullah tiada tandingannya...disaat kematiannya pun dia masih ingat umatnya..betapa sayangnya Rasulullah pada kita semua....
Tapi berita dari kosmo ni lain pula ceritanya.....Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW atelah ditangkap.
Penulis Arab itu ialah Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.
