Berikutan kontroversi gambar Erykah Badu yang disiarkan dalam thestar semalam, konsert yang telah dijadualkan diadakan esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah dibatalkan serta merta oleh kerajaan.
Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, pembatalan tersebut disebabkan konsert penyanyi tersebut melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Penyanyi tersebut juga dikatakan telah menyentuh sensitiviti agama dan budaya Malaysia kerana memakai tatto dengan kalimah Allah di badannya. Konsert Erykah Badu ini merupakan konsert siri jelajah Australasian di mana Malaysia adalah destinasi pertama beliau.
Sumber : murai