Isnin, 9 Januari 2012

Tazkirah : Doa Mengelak Rancangan Jahat Musuh

Bersempena tahun baru 2012 ni, saya nak share beberapa himpunan doa yang saya perolehi semasa pembacaan dan pencarian saya di internet. Sebagai orang Islam, kita kena tahu bahawa doa adalah senjata kita....Kalau kita dah tak tahu nak buat apa selepas pelbagai usaha....doa lah yang disarankan...berserah sepenuhnya kepada Allah...

Doa Mengelak Rancangan Jahat Musuh ni saya dapat daripada blog amalan doa mustajab ketika saya diuji dengan ujian yang amat berat sekitar bulan Mei  2011. Masa tu saya rasa hanya berserah aje pada tuhan apa yang akan jadi seterusnya....alhamdulillah.....masa saya tercari2, saya terjumpa doa ni......dalam hidup kita ni, orang yang baik dengan kita pun belum tentu boleh dipercayai..dan kadang2 org inilah yang menikam kita dari belakang..dalam erti kata lain.....ada niat jahat pada kita....

Alhamdulillah, selepas mengamalkan doa ini, hati saya menjadi tenang dan dipermudahkan segala kesulitan yang saya hadapi dan yang paling best, semuanya dah selesai dengan izin Allah...Alhamdulillah....

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. 
 
 
Kaedah Amalan:


1. Untuk keadaan biasa (aman)

Baca 33x waktu pagi dan 33x waktu petang.  Maksud pagi ialah waktu selepas solat Subuh sehingga masuk zohor.  Maksud petang ialah selepas Asar sehingga tengah malam.

2.  Jika keadaan kritikal (Kita tahu ada orang dengki dan sedang merancang sesuatu)

Baca 313x waktu pagi dan 313x waktu petang.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dan menggagalkan rancangan jahat musuh, Amin.

Wallahuaklam.


Sumber : amalan doa mustajab

p/s: Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan berdoalah kerana doa itu adalah senjata org2 Islam.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :