Rabu, 25 Januari 2012

Penipuan di Facebook

Semalam terbaca dalam Utusan tentang satu laporan tentang Facebook yang dijadikan sebagai lubuk pelaburan haram. Memang betul apa yang dilaporkan tu....sekarang ni banyak betul skim2 pelaburan yang menarik orang ramai melalui Facebook memandangkan Facebook merupakan satu medium yang paling dekat dengan masyarakat sekarang  ni.

Dan dengan keghairahan orang ramai sekarang ni yang nak mengejar kemewahan dan terpengaruh dengan pelbagai janji manis pelaburan ni, ramai yang tertipu dengan pelaburan haram ni.

Sebenarnya mana ada cara mudah nak senang, mana ada cara mudah nak dapat duit tanpa berusaha.....semuanya kena usaha...duduk rumah goyang kaki duit takkan datang bergolek.....

Saya tertarik dengan satu kes yang dilaporkan di dalam Utusan semalam...

DENGAN hanya log masuk ke dalam Facebook, seseorang berjaya mendapat RM100.

Jika ikut logik akal, bukan mudah seseorang mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki sambil melayari Facebook.


Namun, itulah hakikatnya yang berlaku kepada salah seorang mangsa, Derrick Lau, 27, apabila mencuba untuk turut sama berjaya seperti yang diiklankan oleh skim pelaburan Facebook itu.

“RM100 bukan nilai yang besar untuk modal dan saya rasakan pada mulanya tidak salah untuk saya mencuba, mana tahu nasib menyebelahi saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Derrick, taktiknya sangat mudah, selepas mendaftar dan membayar RM100 sebagai modal awal, pelabur perlu memperkenalkan ahli baru.


Pada awalnya, tiada penerangan khusus diberikan mengenai skim pelaburan tersebut.

Setelah menyertainya, barulah dinyatakan bahawa skim tersebut perlu mencari ‘orang bawah’ (downline).


“Mereka mendapat keuntungan dengan merekrut orang baru dan memasukkan wang ke dalam akaun mereka.


“Lagi ramai yang masuk, makin bertambahlah duit di dalam akaun dan ia ternyata bukan satu pelaburan tetapi hanya mengambil wang orang lain.


“Menyedari perkara itu, saya terus tidak menyertainya lagi dan bagi sesiapa yang bertanya, saya katakan ia adalah satu penipuan,” katanya.


Pernah tak korang dapat satu mesej dari mana2 kawan2 korang dalam Facebook yang tulis "Dapat RM100 login Facebook" ? Ini semuanya tipu....Ini adalah pengalaman saya sendiri...kalau fikir logiklah kan...kayalah orang yang login Facebook terus dapat RM100...kalau macam tu saya pun nak login 10 kali sehari...cukuplah....

Memandangkan hanya perlu bayar RM100 sebagai permulaan, saya pun setuju nak join...sebab nilainye x adalah terlalu mahal.....paling2 tidak pun balik modal balik.....Masa mula2 join tu, saya perlu bayar RM100 dulu sebelum dihantar email yang kononnya ada cara-cara untuk mendapatkan pulangan yang besar melalui skim ni.....rupa2nya, apa yang ditulis dalam Facebook tu seperti contoh "Woww....hari ni saya dapat RM100 lagi...jomlah join"...hanyalah ayat penyedap ajer.....maknanya bila orang baca , terus tertarik nak join sebab ayat2 keramat kita dalam Facebook tu......

Bila saya baca email yang dihantar tu baru saya tau rupa2nya semua ayat2 yang ditulis dalam Facebook tu memang dah diajar dalam email tu....macam tu rupanya.....dan kita kena cari orang bawah pula yang akan tampung kita......maknanya kita dapat duit orang lain ..lagi ramai yang join bawah kita...lagi banyaklah duit yang kita dapat......

Memang kita akan dapat duit, tapi duit orang lain..bulan usaha kita.....Maybe program yg saya join ni tak betul...tak tahulah korang kan....korang macammana pula?......Ceritalah pengalaman korang dan share sesama kt sini k....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :