Khamis, 26 Januari 2012

Going Places : Restoran Bagan Lalang Seaview, Bagan Lalang

 
Pada cuti CNY yang lepas, kami telahpun bersantai2 di Bagan Lalang.... Apa yang bestnyer Bagan Lalang ni?....huhuhu.....kalau sebut Bagan Lalang mestilah terbayang nak makan ikan bakar, makan seafood.....

Bagan Lalang ni adalah tempat perkhelahan yang sesuai untuk keluarga. Pantai Bagan Lalang ni sentiasa penuh dengan pengunjung....sambil2 mandi manda di pantai...bolehlah menjamu selera...
Pantai Bagan Lalang ni berhampiran dengan Sungai Pelek yang terletak di daerah Sepang iaitu kira2 60km daripada KL. Apa yang menarik di Bagan Lalang ini ialah di mana terletaknya Sepang Gold Coast yang merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.

Okay....Bagan Lalang juga terkenal dengan seafood restaurant.....memang banyak sangat..pilih jer salah satu nak makan kat mana...tapi kalau time public holiday...korang dinasihatkan book dulu....kalau tidak jadilah macam kami yang datang konon2 walk in jer.......rupa2nya time public holiday memang ramai giler orang yang datang....akhirnya, selepas penat mencari, dapat jugak tempat duduk kat Restoran Bagan Lalang Seaview.

Kat sini, korang boleh pilih sendiri ikan segar, udang, sotong, lala, pepahat, kerang dan lain-lain. Nak masak apa terpulang..ikut selera masing2.....ramai punyer pasal, 2 jam baru dapat makan...huhuhu.....

Antara makanan yang di order
Udang masak sambal
Ikan cencaru bakar
Lala masam manis
Ketam masak sambal
Ikan pari bakar
Sebenarnya ada banyak lagi makanan yg kami makan tapi tak sempat nak amik gambar sebab dah lapar sangat kan..lagipun lauk yg  di order sampai asing2...so bedal dululah mana yang sampai dulu....huhuhuhu...anyway...memang sedap2... terutamanya pepahat masam manis...fuuhh......mmg sedap sgt2....rasa nak datang lagi jer.....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :