Kat bawah ni adalah cara-cara untuk menambah pelaburan ASB korang menggunakan Maybank2u.
Sebelum dapat tambah pelaburan, korang kena buat pendaftaran ‘Add Favourite’ terlebih dahulu.
Cara pendaftaran Add Favourite
1 | Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my | ||||
2 | Pilih ruangan ‘Investment’ | ||||
3 | Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu | ||||
4 | Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB | ||||
5 | Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Mohon nombor TAC. Klik ‘Continue’ | ||||
6 | Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’ | ||||
7 | Isikan Nombor Ahli ASB (boleh semak di buku pelaburan), Jenis ID, Nombor ID dan Nama Ahli . Klik ‘Continue’ | ||||
8 | Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘Confirm’ untuk mengesahkan langganan | ||||
9 | Simpan pengesahan langganan untuk rujukan. Untuk menyemak status pendaftaran adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg. |
Cara menambah pelaburan ASB
1 | Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my | |
2 | Pilih ruangan ‘Investment’ | |
3 | Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu | |
4 | Pilih ‘ASB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘Active’ (kalau tak aktif, di bahagian Status akan dipaparkan 'Pending'). | |
5 | Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASB dan klik ‘Continue’ | |
6 | Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’ | |
7 | Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’ | |
8 | Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’ | |
9 | Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan. Untuk membuat transaksi adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg. |