Jumaat, 9 Disember 2011

Uitm Shah Alam pula dilanda banjir kilat


Selepas Kajang dilanda banjir kilat Jumaat lepas (2 Disember 2011), semalam (8 Disember 2011), UiTM Shah Alam pula dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang melanda Shah Alam semalam. Hujan di Shah Alam memang lebat semalam dan kebetulan saya berada di sana kerana urusan kerja.

Berbelas kenderaan di tempat letak kereta di UiTM International Centre (UIC) dimasuki air berikutan banjir kilat berhampiran pintu masuk belakang Universiti Teknologi Mara (UiTM), tengah hari tadi. Kawasan itu dinaiki air sehingga paras lutut selepas hujan lebat tanpa henti lebih dua jam, bermula 11 pagi tadi.

Seorang pekerja di kawasan itu berkata, air mula naik kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan mencecah paras lutut setengah jam kemudian sebelum mula surut jam 2.30 petang. ”Saya lihat ramai orang mengalihkan kenderaan mereka ke kawasan lebih tinggi. Mujur banjir ini tidak memasuki kawasan dalam bangunan,” katanya.

p/s: Hati2 musim hujan ni....kadang2 tempat yang tak pernah banjir pun akan banjir...

Sumber :abgteror

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :