Malas nak update blog korang kt dalam fanpage? Tak ada masa nak update manual ke dalam fanpage? Saya pun macam tu. Kadang2 tu bila dah update entri dalam blog tak sempat pula nak update dalam fanpage. Sibuk dan kadang2 facebook tak boleh dibuka di office menyebabkan kadang2 banyak entri saya terlupa untuk saya update dalam fanpage.
Tapi jangan risau. Ada satu cara untuk korang update secara automatik entri korang tu terus ke dalam fanpage. Ada banyak cara yang saya jumpa tapi yang ini nampak mudah sikit.
Caranya ialah dengan menggunakan perisian dlvr.it. Dengan menggunakan dlvr.it bukan sahaja boleh update ke facebook tapi pada social network yang lain.
