Jumaat, 16 Disember 2011

Lirik dan video Lagu Ombak Rindu - Hafiz AF7 ft Adira AF8


Rasanya demam Ombak Rindu ni belum habis lagi. Masih ditayangkan di pawagam. Tapi apa yang boleh saya katakan sepertimana dalam review saya sebelum ni, cerita ni sederhana sahaja. Tapi yang membuatkan saya membuai perasaan ialah lagu Ombak Rindu ni. Serius..lagu ni mmg best dan membuai perasaan. Berani saya katakan lagu ni memainkan peranan penting utk membuai perasaan penonton.

Jom layan lagu ni.....


Lirik lagu

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Hafiz :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Adira :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Adira:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Hafiz:
 Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :