Masih ingat lagi dengan jutawan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang ditemui mati dibunuh bersama tiga yang lain di kawasan Banting tahun lalu. Mesti ingatkan. Kes itu menjadi berita utama di media cetak dan elektronik.
Berita itu secara tak langsung membuatkan anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, atau Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd. Dan kini, anak sulung Sosilawati telahpun melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.
Kamarulazlan merupakan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Tahniah diucapkan kepada kepada Rita dan suami. Jom tengok gambar2 di sekitar persandingan Rita yang diambil dari blog kechiksempoi. Kredit untuk kechiksempoi.
