Contoh Facebook Timeline. Nampak tak gambar yang besar tu. Itulah cover atau banner. Cantik tak? |
Rasanya ramai yang dah tahu Facebook Timeline ni kan...kalau tak tau, korang kena tau gak sebab pada 22 Disember 2011 ni, semua akaun pengguna Facebook akan bertukar pada Facebook Timeline.
Apa itu Facebook Timeline? Sebenarnya Facebook Timeline lebih kepada kronologi dalam facebook. Segala kronologi korang itu akan didedahkan sejak korang mula join Facebook sehingga la sekarang. Semuanya akan dipaparkan segala terperinci seperti relationship, post gambar, status dan segala2nya yang korang dah post dalam Facebook sebelum ni.
Sebenarnya, Timeline ni dah diperkenalkan bermula September 2011 tapi bermula 22 Disember 2011 akan digunakan secara meluas. So, Kalau korang nak tengok dulu macammana rupabentuk timeline ni, boleh cuba dulu dengan klik pada
Home>Help>Klik Introducing Timeline>Get Timeline
Pada pendapat saya, nampak serabut je lah...maybe tak biasa lagi dengan interface baru ni. Tapi nak tak nak kena biasakan juga sebab 22 Disember ni semuanya akan bertukar.
Keburukannya guna Timeline ni ialah, korang boleh tengok balik post2 lama tu yang mungkin tak berapa nak elok tu kan...tiba2 terbongkar pulak cerita cinta dulu2 kan..hehehe...jawablah sendiri.....huhuhu.....
Kebaikan dia korang boleh letak cover ataupun macam banner macam dalam blog. Kalau tak nak letak cover pun boleh. Remove je kalau dah letak tu. Rasa macam ala2 blog plak bila letak cover ni. Saya dah cuba letak cover ni, menarik gak...nak 2 kalau korang yang jadikana facebook ni sebagai medan promosi business, boleh jadikan cover ni untuk promote business korang.
Apa2pun, suka atau tidak, korang kena biasakan diri jugak. Cuba2lah explore sendiri yek......
p/s : Nampak serabut sangat2....huhuhu.....tak nak guna bleh tak?....huhuhu....