Hari ini 11.11.11 kita dikejutkan dengan tragedi nahas bas-treler di Behrang yang setakat ini telah mengorbankan 4 nyawa. Rasanya masih ramai yang ingat tragedi pada 10.10.10 juga berakhir dengan tragedi yang telah meragut 10 nyawa yang berlaku di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Tarikh yang kita tunggu-tunggu rupanya2 bukan saja ada kegembiraan, tapi kedukaan pada insan lain.....semua ini kuasa tuhan.......
Tragedi di Simpang Ampat, Melaka |
Bila terjadi perkara macam ni, mulalah tubuh jawatankuasa ni, jawatankuasa tu....tapi hakikatnya lepas tu senyap jer...pemandu bas pun macam tak ambil iktibar, memandu seolah2 tak fikir nyawa dalam perut bas tu. Yang kesiannya kalau yang menjadi mangsa kanak2.....huhuhu.....
Apa2pun, jadikanlah apa yang dah jadi ni sebagai satu pengajaran dan tak tau nak salahkan siapa selagi siasatan menyeluruh belum dijalankan. Salam takziah kepada keluarga mangsa.
Kredit gambar : daydeck