Khamis, 3 November 2011

Tangkuban Parahu, Bandung

Kalau datang ke Bandung jangan lupa singgah di Gunung Tangkuban Parahu. Gunung Tangkuban Parahu ni adalah salah satu gunung yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Terletak Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dan gunung Tangkuban Parahu ini mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter.

Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah uap belerang. Suhu rata-rata hariannya adalah 17oC pada waktu siang dan 2 oC pada waktu malam.

Kawah Gunung Tangkuban Parahu


Menurut cerita sejarah ,asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Bagi menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi memberikan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu. Apabila usahanya gagal untuk membuat perahu tersebut, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

Nampak tak bentuk gunung yang macam bentu perahu terbalik

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :