Gempar..gempar....negara digemparkan lagi dengan Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.
Program Seksualiti Merdeka 2011 yang disokong oleh segelintir pihak, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia yang berteraskan perjuangan "Human Right", telah menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Nampaknya pihak penganjur dengan secara terang-terangan mempromosikan Seksualiti Merdeka 2011 ni. Program ni bukan sahaja dikecam oleh umat yang beragama Islam tetapi juga Kristian. Boleh dikatakan semua pegangan agama kt dunia ni tidak membenarkan hubungan sejenis sepertimana yang perjuangkan dalam Seksualiti Merdeka 2011.
Kita perlu sedar, kita bukan berada di luar negara yang memang bebas untuk melakukan hubungan sejenis malah membolehkan perkahwinan sesama jenis. Kita ni berada di Malaysia yang penuh dengan adab dan tatasusila. Dan undang-undang di negara kita juga tidak membenarkan apatah lagi Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Difahamkan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang 1 hingga 13 November depan. Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
Berdasarkan kenyataan di laman web seksualitimerdeka.org program tersebut adalah acara tahunan sejak 2008 yang diadakan di Kuala Lumpur dan akan dirasmikan pada 9 November ini oleh Ambiga.
Kumpulan ini kalau ikut kenyataan mereka akan mengadakan diskusi, tayangan filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti.
Lebih pelik lagi, agenda kumpulan ini adalah kempen sayangi puak gay dan yang sejenis dengannya.
Walaubagaimanapun berikut adalah fakta yang dikeluarkan dari laman web seksualitimerdeka.org:
Seksualiti Merdeka bukannya "Pesta Seks Songsang" seperti mana yang telah dilaporkan di Buletin Utama, TV3.
Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
p/s : Apa pendapat korang?....Pada pendapat saya walaupun pengisiannya lebih kepada bengkel dan perbincangan yang berkaitan seksualiti, tetapi mereka ni sebenarnya mengharapkan diberi kebebasan tak kiralah mereka ini gay, lesbian dan sebagainya. Tepuk dada tanya selera. Dan pada pendapat saya juga, program ni akan mempengaruhi golongon muda dan masyakarat dan sebolehnya dielakkan daripada terjerumus dalam kancah yang tidak bermoral ini.