LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) diselubungi duka apabila penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Selekoh 11 pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia- Shell Advance, semalam.
Insiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam.
Penunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.
Ekoran kemalangan tersebut MotoGP GP Malaysia telah dibatal. Simoncelli telah mengalami kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.
Sumber :berita harian
Video kemalangan Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini
