Jumaat, 21 Oktober 2011

Restaurant kotor! Ayam tergantung dekat longkang

Ada berita yang tak suka didengar dan dilihat....

Laporan dari hmetro

Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan.

Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.

Tinjauan mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan.

Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.

“Saya tidak tahu pun kedai ini kotor, mungkin sebab saya selalu memesan makanan dari depan jadi tidak nampak apa yang berlaku di belakang.

“Rumah saya dekat kedai ini, sebab itu saya sering datang makan, tetapi selepas dapat tahu mengenai perkara itu, mungkin saya tidak akan datang lagi sehingga mereka bersihkan kedai terlebih dulu,” katanya.

Kepada pengusaha makanan, tolonglah jaga kebersihan. Nak bagi orang makan takkan nak bagi yang kotor2....eee.....jijiklah tengok gambar ni...Lantai yang kotor..sayur bersepah2...kita sedap2 jer makan kan....kalau dah tengok gambar macam ni sure saya pun tak akan datang kedai ni lagi.

Saya ada satu pengalaman jalan di belakang restaurant....restaurant ni memang sedap makanan dia..tapi bila dah tengok dapur dia...ya allah.......kotornyer......berlumut dan tempat letak makanan yang dibasuh di tepi longkang....cuba bayangkan..dan semenjak hari tu memang dah jarang makan di luar.....huhuhu...... 

Dan saya juga pernah nampak tikus sebesar anak kucing berlari2 kt sekirat kedai...huhuhuh...macam tu pun ada orang nak datang makan lagi.......

p/s: Kalau nak bagi orang makan, bukan makanan yang kotor tapi yang bersih...

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :