Selasa, 4 Oktober 2011

Pemindahan rahim pertama di Turki


Rahim adalah satu anugerah tuhan kepada wanita yang membolehkan wanita itu mengandung dan melahirkan anak. Tetapi ada juga yang tidak bernasib baik bila dilahirkan tanpa rahim. Berikut adalah berita di mana satu pemindahan rahim telah berjaya dilakukan di Turki. Alhamdulillah......


ANTALYA: Sekumpulan doktor Turki berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim pertama di dunia, apabila rahim wanita yang sudah mati dipindahkan kepada seorang wanita muda.
Doktor dari Hospital Universiti Akdeniz di selatan wilayah Antalya berjaya melakukan pembedahan memindahkan rahim kepada Derya Sert, 21, yang dilahirkan tanpa saluran peranakan pada 9 Ogos lalu. “Pembedahan itu berjaya...tetapi kami mungkin rasa ia lebih berjaya jika Derya dapat melahirkan anak,” kata Dr Omer Ozkan.

“Buat masa ini, kami gembira kerana tisu rahim itu berfungsi,” katanya.
Pembedahan itu adalah pembedahan pemindahan rahim yang ketiga di dunia tetapi kali pertama meraih kejayaan. Pembedahan pertama dilakukan di Denmark pada 1931 tetapi penerima organ meninggal dunia tiga bulan kemudian selepas tubuhnya menolak organ pemindahan itu. Pembedahan kedua dilakukan di Arab Saudi pada 2000 daripada penderma cacat. Pembedahan itu gagal selepas 99 hari ekoran pembekuan organ dan memaksa pakar bedah mengeluarkan semula rahim dipindahkan.

“Dalam pembedahan itu, urat saraf terlalu pendek untuk anastomosis dan uterus tidak dapat ditampung dengan baik,” kata Dr Munire Erman Akar, seorang pakar dalam kumpulan pembedahan.

Doktor di Turki berkata, mereka mengelak masalah dalam pembedahan itu dengan memindahkan tisu besar yang mengelilingi uterus dan meletakkannya di dalam tubuh penerima bersama saluran organ.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :