Selasa, 18 Oktober 2011

Kes pembuangan bayi....di mana silapnya?

Sejak akhir2 ni banyak sangat kes pembuangan bayi. Tak habis2.....lepas satu...satu kes timbul......Tergerak untuk menulis entri ni sebab terlalu banyak kes pembuangan bayi yang telah terjadi....Semalam kita digemparkan dengan bayi yang mati dikelar bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong..


Bayi malang itu ditemui di atas lantai asrama terbabit pada jam 9.30 pagi dengan beberapa kesan kelar di bahagian badan dan leher selain perutnya terburai. ..Ya allahh...tergamaknyer buat macam tuh.....kalau tak nak bayi tu bagi pada orang lain...jgn kita menjadi tuhan untuk menentukan ajalnya......

Tergamak tak korang tengok mayat bayi yang dikelar ni?......apa dosa dia!!!!!.......Baru nak tengok dunia dan diadili macam ni......(fuuh......emo sikit.....).....Apa agaknyer rasa bayi ni masa di kelar kan.....

 Petikan dari berita harian:

“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.

“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.



Sebelum ni kita juga dah dikejutkan dengan penemuan bayi di dalam pam tandas di Chukai, Terengganu. Tapi nasib baik bayi tu selamat tapi tergamak sungguh si ibu menyorokkan anaknyer dalam pam tandas tu...

“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. “Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.


Bila kita lihat kes macam ni, kebanyakannya melibatkan remaja yang mungkin tak tahu apa nak buat bila berhadapan dengan masalah seperti ini. Ada yang takut malu dengan keluarga dan ada juga teman lelaki yang tak nak bertanggungjawab.

Buang bayi seolah2 dah menjadi kebiasaan dan tak ada langsung perasaan kasihan dan perikemanusiaan.Di mana silapnye semua ni.....Siapa yang kita nak salahkan?...Ibu bapa?...Atau remaja itu sendiri...Mungkin dah sampai masanya semua pihak membuka mata kes2 sebegini supaya tidak terus menular dan menjadi barah....

Diharap tak ada lagi 'pemandangan keji' macam ni......


p/s: Kalau tak nak anak tu, bagi pada orang yang tak ada anak....tak la bertambah dosa dengan membunuh...

Kredit gambar : arealcelebrity, Bro Ondscene



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :