Rabu, 19 Oktober 2011

Gambar terbaru budak 2 tahun yang dilanggar di China

2 hari lepas kita digemparkan dengan berita budak 2 tahun yang dilanggar dan digilis di China.  Sadis betul kan....dan sedih dan tergamak sungguh orang di sana tak membantu langsung...kejadian ni dah mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat....Tapi tahukah kita kenapa orang di China tak membantu?

Tadi saya ada terbaca dalam blogserius yang polis dah berjaya menangkap kedua-dua pemandu yang melanggar budak lelaki tu dan mengaku menggunakan telefon bimbit ketika memandu...dan ketika ditanya kenapa tak bantu selepas melanggar budak tu, dia cuma jawab

"Jika dia mati saya hanya perlu bayar 20 000 yuan. Jika dia hanya cedera saya perlu bayar ratusan ribu yuan". 


Agaknyer driver ni dah tahu budak ni tak mati so sebab tu dia tak nak tolong kot sebab takut kena bayar lebih...sebab kalau menyebabkan kematian, kena bayar pampasan tetapi kalau mangsa tu cuma cedera dan mengalami kecacatan, perlu ditanggung kos sara hidup mangsa seumur hidup.....

Macam tu plak ehhh.....patutlah tak ada yang menolong.....and satu lagi......di China ni orang yang membantu akan dituduh menyebabkan kemalangan walaupun mereka ni tak bersalah dan cuma nak tolong ajer...

Patutlah tak ada yg tolong......orang di China ni jadi fobia nak membantu mereka yang cedera selepas kemalangan. Macam tu rupanya budaya di China ni....macam2 kan.....



Inilah gambar  Chen Xianmei seorang pengutip sampah yang telah menyelamatkan budak yang dilanggar tu. Murni sungguh hati dia kan....Dia diberi ganjaran USD 1570 sebagai ganjaran menyelamat budak tu..



p/s: Harap2 kat Malaysia tak jadi macam ni lah kan...


Sumber : blogserius

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :