Pengumuman ni memang satu kejutan. Kalau Ally rasanya memang layaklah kan tapi bagi pelakon jelita Rozita ni tak tau nak cakap lah...sebab belum pernah tengok dia jadi pengacara dalam acara yang besar macam ni. Mungkin satu gimik TV3 untuk menarik penonton, maklumlah siapa tak kenal Rozita Che Wan ni......kat kedai kopi, dalam mesyuarat, kat office.....mesti ada terselit nama Rozita punyerlah.....
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar:
"Kami rasa Rozita Che Wan adalah pemilihan yang tepat bagi penganjuran ASK kali ini yang mana dia dilihat boleh memberikan seri dan kelainan pada anugerah ini nanti. Saya yakin dengan Rozita Che Wan, walaupun ini adalah baru kali pertama dia terlibat dalam bidang pengacaraan. Kami memilihnya pun di atas kredibiliti yang ada padanya ketika diujibakat. Lagipun, dia tidak keseorangan kerana Ally Iskandar ada bersama, bagi mengemudi acara berprestij itu nanti," jelasnya yang ditemui dalam sidang media ASK 2011, petang semalam.
Selain Rozita Che Wan dan Ally Iskandar, dua lagi nama iaitu Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dan Nabila Huda pula dipilih untuk mengendalikan acara karpet merah.
Apa kata Ally?
"Saya dan Rozita sudah lama saling kenal mengenali. Namun baru pertama kali kami ditemukan dalam satu pentas untuk mengemudi acara terbesar begini. Jadi soal 'chemistry' itu tidak menjadi masalah bagi kami. Ini adalah satu kelebihan kepada saya untuk menambah pengetahuna mengenai drama dan filem yang dipertandingakn bersama Rozita, kerana dia lebih arif daripada saya.
Maklumlah, selalunya saya hanya mengendalikan acara berkaitan muzik dan inilah baru pertama kali saya terlibat dengan anugerah besar dalam seni lakonan," luah Ally.
Harap2 gandingan kali ni menjadi....sebab bagi saya kalau nak gandingkan pasangan pengacara ni kenalah serasi.....sebab kita nak menaikkan mood penonton dan majlis.....jgn syok sendiri dan asik baca skrip jer.....
p/s: kenapa tak ambik Jozan ekkk..mesti meriah dan tak kering gusi......huhuhuh.....