Isnin, 10 Oktober 2011

60,000 pelajar kita ketagih Facebook!

Terkejut dengan satu laporan di Berita Harian hari ni yang menyatakan seramai 60,000 pelajar kita ketagih Facebook. Tak dinafikan, Facebook merupakan satu fenomena baru di kalangan kita dari pelajar, yang bekerjaya sehinggalah surirumah tangga.

Dilaporkan kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB). Maksudnya selain aktiviti sekolah, pelajar ni banyak menghabiskan masa dengan melayari FB. Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Menurut Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din

1. Ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

2. Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe.

3. Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia.

Ini menandakan perkembangan Facebook di negara ni bukan sahaja meninggalkan kesan yang baik tetapi meninggalkan kesan yang buruk juga dari satu sudut yang lain. Bila dah ketagih Facebook ni, boleh melalaikan seseorang itu untuk buat kerja yang sepatutnya dilakukan khususnya pelajar.

Tak dinafikan, ada baiknya juga Facebook ini di kalangan pelajar contohnya untuk berkongsi maklumat di alam maya cuma penggunaan itu haruslah kena pada tempatnya sehingga tidak melalaikan. Boleh dikatakan semua pelajar ada akaun Facebook dan mereka lebih senang untuk berkomunikasi di alam maya daripada komunikasi secara langsung. Dari sudut buruknya, pelajar ini tidak didedahkan dengan skill komunikasi yang perlu mereka ada untuk berhadapan dengan dunia luar atau dengan kata lain mereka ni lebih kepada antisosial.


Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain pula, ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau. Ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

So, kepada ibu bapa, sila awasi tingkahlaku anak-anak.....jangan biarkan anak-anak ketagih Facebook. Teknologi itu tak salah untuk digunakan tetapi perlulah seimbang dengan perkara lain. :)


Sumber: Berita Harian


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :