Sabtu, 24 September 2011

Tips untuk mendapatkan BE Nuffnang


Kalau sebut Nuffnang mesti korang semua dah tau kan..... So hari ni nak bagi tips sikit macammana nak dapatkan BE Nuffnang ni....Jangkamasa nak dapatkan BE ni bergantung pada blog itu sendiri. Blog LEPAK ni dah 4 bulan baru dapat BE dan ada juga yang baru dah dapat. Bergantung pada rezeki masing-masing. Nak spesifik kriteria blog yang macammana dapat BE susah nak agak. Tapi bolehlah kalau nak ikut tips2 kt sini macammana nak dapatkan BE sebagai panduan.

Okaylah....rasanya korang pun dah tau apa itu BE kan...atau dikenali dengan Buffered Earning.
Korang cari sendiri lah yer kempen-kempen dalam Nuffnang ni sebab dalam entri ni nak fokus tips macammana nak dapatkan BE dari Nuffnang.

Tips:

1. Sentiasa kekalkan UV (Unique Visitor) dalam 100-200++ sehari. Kalau lagi banyak lagi baguslah kan. Tapi kan berdasarkan pengalaman saya, ada juga blog saya yang kurang dari 100 UV sehari boleh dapat  BE...saya pun tak tahu percaturan Nuffnang macammana....mungkin juga rezeki....

Macammana nak dapatkan100-200 UV sehari?
i. Sentiasalah update blog..kalau boleh setiap hari.
ii. Gunakan keyword yang power untuk setiap tajuk entri atau dengan kata lain gunakan keyword yang selalu dicari dalam enjin carian.
iii. Apply konsep SEO dalam blog korang. Kalau kena caranya, blog kita akan tersenarai di page pertama enjin carian.
iv. Sentiasa ping setiap entri yang kita dah tulis. Contoh paling mudah ping di Innit.


2. Sentiasa update Survey di Nuffnang. Kalau boleh update setiap bulan menandakan kewujudan kita pada Nuffnang. Blogger Bio pun di galakkan untuk diupdate. Masa update survey dan blogger bio tu tulis lah sebanyak mungkin tentang kelebihan blog kita yang akan membuatkan pengiklan berminat untuk meletakkan iklan kt blog kita. Nak tulis macam karangan pun boleh. Nampak lah kita ni bersungguh kan.

3. Hantar sebanyak mungkin tiket pada Nuffnang. Tanyalah apa2 soalan pun. At least Nuffnang tau blog kita ni wujud.

4. Letakkan semua jenis iklan Nuffnang ditempat yang strategik sepertimana yang disyaratkan oleh Nuffnang (LeaderBoard, Skycraper, Large Rectangle).

5.  Mengekalkan Status "Glitteratti" atau dengan kata lain tak boleh letak iklan lain yang jadi pesaing Nuffnang sebab status tu akan hilang nanti dan confirm takkan dapat BE.

Okaylah. Setakat ni sahaja tips yang boleh saya share dengan korang sebab ini adalah antara tips yang saya amalkan. Sama ada berkesan atau tidak untuk mendapatkan BE dari Nuffnang saya pun tak boleh nak pastikan tapi setakat ni alhamdulillah, untuk tahun 2011 jer saya dah dapat 7 BE dari Nuffnang. 

Tapi yang penting jangan terlalu mengejar BE sebaliknya sentiasa ikhlas berbloging....:) dan blogging untuk kepuasan.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :