Sabtu, 17 September 2011

Sinopsis Drama Jiwa dan Lara


Drama ini menggantikan drama Ramadhan Terakhir. Nampak pelakon-pelakon drama Jiwa dan Lara ni macam best.....jom kita baca sinopsis drama ni dulu yer....

Drama ni ke udara setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam di TV3.

Sinopsis:

Drama ni mengisahkan persengketaan dan dendam antara 3 orang ni iaitu Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an lagi hingga kini. Zaman(lakonan Aaron Aziz) ni penjenayah yang berjaya lepaskan diri dari pihak polis. Zaman kemudian melarikan diri bersembunyi di ladang getah.

Zaman terlibat dalam kemalangan dan dibawa tinggal oleh Baha yang melanggar Zaman. Di rumah Baha, ada Lara yang tak suka kat Zaman. Dia sangat bijak mengatur strategi hingga dapat mempergunakan Fakir , bos tempat dia kerja di ladang getah tu.

Jiwa pulak menganggap Zaman pesaing dan curiga dengan kebaikan Zaman, Jiwa( lakonan Fauzi Nawawi) seorang mandur di ladang getah tu dan dia jugak mencintai LARA(lakonan Neelofa). Hubungan mereka mula renggang, Lara mula rapat dengan Zaman, Lara terjerat dengan kata kata manis Zaman, dan terlanjur.

Zaman berusaha untuk hapuska Jiwa, dia memukul dan mencampakkan Jiwa ke gaung. Kini anak tunggal bos, bernama MARINI (lakonan Faezah Elai) dia sudah pulang dari luar negara. Zaman nak bolot harta Fakir dan nak mengahwini Marini, dia menyisihkan Lara yang cuma penjual bunga.
Marini dipaksa kahwin dengan Zaman, Marini setuju sebab dia pun terlanjur dengan teman lelaki dia di luar negara. Zaman sudah tidak mendapat kepercayaan dari Marini dan Faakir, dia mula bertindak ganas membunuh Fakir untuk membolot harta Fakir.

Setelah 30 tahun, Zaman telah menjadi kaya dia telah menukarkan nama kepada Bakhtiar Murshid, dan dia mempunyai empayar perniagaan yang besar. Jiwa yang jatuh ke dalam gaung, diselamatkan oleh orang asli. Jiwa pun kembali bertemu Zaman dalam dunia perniagaan.
Jiwa mula menjejaki Lara kekasih dia yang amat dicintai dulu…

Kredit : nurizspace


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :