Khamis, 8 September 2011
Sinopsis Drama Cinta Elysa
Selasa lepas tamatlah episod Drama Ana Lulu. N now, Cinta Elysa pula akan menggantikan drama Ana Lulu. Drama ni menggandingkan Johan Assari (yg berlakon sebagai Botak dalam Juvana) dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama dalam slot Lestary TV3 ni.
Drama terbitan Suhan Movies ini mempunyai 13 episod dan antara pelakon² yang turut membintangi drama tersebut adalah Zila Bakarin, Adam Shah (Ayam Juvana)dan ramai lagi.
Sinopsis
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Asman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara (Zila Bakarin) dan sepupunya (Fasha Sanda). Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari . Elysa pada mulanya tak suka kat Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputiklah sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Kredit : Puanbee
About lepak.com.my
lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua
Sinopsis Drama Cinta Elysa
2011-09-08T22:35:00+08:00
lepak.com.my
Drama Review|