Resepi kali ni ialah Nasi Goreng Kampung. Orang melayu ni memang banyak betul resepi nasi goreng. Ada macam-macam. Apa2 pun jomlah cuba resepi ni.
Bahan-bahan: untuk 2 orang
1. Nasi
2. Isi ayam atau daging (dipotong kecil)
3. Sayur kangkung
4. 1 biji telur
5. Ikan bilis yang telah digoreng
6. 1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
7. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
8. 10 biji cili padi - kuantiti ikut citarasa (boleh ditumbuk atau dipotong)
9. 1 inci belacan (ditumbuk)
10. Sos tiram
11. Kicap manis
12. Garam
Cara masak
1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam/daging, kicap manis dan sos tiram dan goreng sehingga masak.
3. Letak garam secukup rasa.
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Masukkan nasi dan kangkung dan gaul sehingga kangkung tadi layu.
6. Taburkan ikan bilis yang telah digoreng tadi di atas nasi.
7. Sedia untuk dihidangkan.
