Jumaat, 23 September 2011

Pengguna tidak puas hati dengan pembaharuan Facebook


Bagi yang ada akaun Facebook mesti korang nampak ada perubahan kan pada interface Facebook. Masa bukak Facebook 3 hari lepas ada juga perasan yang interface dah berubah. Macam pelik dan ambil masa juga nak sesuaikan diri dengan Facebook yang baru ni.

Ada juga terbaca komen kt dalam wall kawan2 yang macam tak biasa dengan Facebook yang baru ni. Berdasarkan berita daripada Kosmo, memang rata-rata pengguna Facebook tak berpuashati dengan beberapa pembaharuan Facebook yang baru ni.

Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

Antara ciri baru dalam Facebook ialah

1. Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.

2. Membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter.

3. Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.

4. Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain. 


Tapi rasa2nya bagi yang memang pengguna tegar Facebook ni, bukan masalah besar pun dengan perubahan yang dibuat oleh Facebook ni.  Kalau dah mengadap hari2 sure akan jadi biasa dengan perubahan tu. Selamat berFacebook!

 Sumber : kosmo

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :