Khamis, 8 September 2011

Marsha telan 30 pil ditemui pengsan!


Huhhh... tak habis2 artis yang sorang ni. Sebelum ni gempar dengan cerita perkahwinan Marsha yang hanya gimik untguk video klip nya. Sekarang ni cerita yang Marsha ditemui pengsan yang dipercayai telah menelan 30 biji pil!

Marsha dikatakan dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil.

Menurut laporan di dalam Berita Harian,

Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.


Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.

Bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri.


Baca berita selanjutnya di Marsha AF pengsan telan pil berlebihan

Walaubagaimanapun, dalam mstar online, lain pula statement yang diberikan....

Rakan terdekat penyanyi Marsha Milan Londoh, 28, iaitu Afeeq Abdul Wahab, 25, menjelaskan bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu tidak mengambil pil secara berlebihan sebagaimana yang didakwa sebaliknya trauma akibat kemalangan yang berlaku.


Saya masih belum mendapatkan penjelasan sebenar daripada Marsha sendiri tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan berdekatan dengan kawasan kediamannya dan telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.


"Marsha masih boleh memandu pulang ke rumah seperti biasa. Bagaimanapun, selepas meletakkan keretanya di kawasan parkir, dia pengsan ketika berjalan menuju rumahnya.

"Memandangkan Marsha turut mengalami masalah penyakit tekanan darah rendah, peristiwa itu turut memberi kesan kepadanya sehingga membuatkan dia rebah"
 


p/s: So, mana satu yang betul ni?...Kalau ada masalah pun jgnlah telan pil. Bahaya!!


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :