Khamis, 22 September 2011

Malaysia tewas 2-0 di tangan Samurai Biru.


Malam semalam game pra Olimpik 2012 London antara Samurai Blue menentang Malaysia dan ramai menjangkakan Malaysia akan kalah..berapa nombor naik tak pasti tapi last last 2 - 0 di tangan Samurai.

Memang tidak dinafikan lah memang Jepun layak bergelar ranking pertama Asia sebab cara depa main pun memang dah macam team team gergasi dunia main.

Tapi respect kat keeper kite si "apek" la bak kata Hasbullah, memang fahmi banyak sangat selamat kan cubaan cubaan gile dari Jepun sampaikan rasanya baik fahmi main sorang je kot..huhu.

Kalau nak comparekan memang player Malaysia takde game plan..huru hara atas padang dan placing bersepah sepah..takde arah tuju bola tu.

Lepas ni Jay rase coach kite Mr Ong kena ajar player kite main pertahanan aje rather than menyerang sebab Jay rase memang serangan kite tak masuk buku langsung.

Fahmi jugak la yang menyebabkan Malaysia tak jadi "sayur kailan" semalam kalau tak rasenya dah 20 - 0 semalam.

Statistic yang dikeluarkan oleh game semalam pada minit ke 80, serangan Jepun ialah 20 dan serangan Malaysia hanya 1 sahaja yang merbahaya.

Pada awal minit ke 2 lagi Apek dah di test oleh player Jepun dan pada seawal minit ke 11 Jepun dah tembus gawang Malaysia dengan hantaran cantik ke tengah yang disudahkan oleh Higashi Keigo..geli geli aje bola tu.

Dan pada minit ke 77 Yamazaki, pemain gantian yang baru masuk pulak buat leleh tanpa perasaan je bola tu.

Malaysia ada peluang pada minit ke 61 dan bola betul betul depan gol tapi player kite tak tau nak sepak ke mana..huhu..rase nya baik main game lain kot kalau tak tau nak buat ape.

Panic adalah masalah player Malaysia yang nyata.

Commentator kite Datuk Hasbullah ada meng "comment" la yang pada separuh masa kedua Jepun tertekan..sebenarnya ramai yang beranggapan tu salah sebenarnya..Jepun bukan tertekan..tapi memang dorang main sampai ke penghabisan..selagi tak dapat score untuk negara selagi tu dorang tak puas hati.

Memang betul la bola tu bulat..itu Jay sokong la..tapi kenapa aasik bergolek kat belah Malaysia aje?

Jawapannya senang aje..player kite banyak main "camping" kat tempat sendiri dah jadi macam tengok bola game kat estet kampung.

Lagi satu ape yang Jay tengok la kan..player Malaysia main tak seberapa tapi gosip banyak gile..player gergasi kat luar tu gosip tak seberapa tapi main memang la "power".

Kurang kan la personal thing tu dulu kalau nak betul betul pro..kalau main sama hebat dengan gosip takpe..huhu.

Mintak coach kite tunjukkan buku game plan kalau ade..itu la tugas captain kat atas padang..dia dah baca game dan buat decision formation mana nak main.

Ada la satu time tu Jay tak pasan minit ke berapa la..gawang Malaysia kene serang so bertahan punya bertahan bola muntah lepas tu pertahanan kite pulak nak buat bicycle kick..huhu..beb..Jay nak cakap sikit la..make sure power dulu baru buat..tak kemana pun bola tu bak kata Hasbullah.

Okay la..papehal pun maju la sukan untuk negara..

Chow..



........

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :