Khamis, 29 September 2011

Gambar Perkahwinan bernilai 12 juta Memey dan Norman

Majlis perkahwinan Memey dan Norman Hakim ini boleh jugaklah diibaratkan sebagai Wedding Of The Year. Yelah kan.....majlis yg bernilai 12 juta!....Banyak tu.....ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan beberapa jenama besar yang lain. Bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel, majlis yang bertemakan New York  in Black & White ini telah diilhamkan dari “Nas of Nas Great Ideas”.

Majlis ini adalah secara eksklusif bersama 200 orang media dan tetamu yang lain. Memey memakai persalinan “Rafflesia Pearl Gown“  dan gaun pengantin rekaan Vera Wang dibeli khas dari Hong Kong.

 Gambar perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Kasut Memey Suhaiza juga ditaja oleh pereka kasut terkenal di dunia, Jimmy Choo yang berwarganegara Malaysia. Disamping itu, Memey turut dihiasi dengan rantai Rafflesia White South Sea Pearls dan Rafflesia Golden South Sea Pearls. 

Norman pula ditaja oleh Cosmopolitan dan Bohemian suit dari Lords Tailor.
Hai...untunglah badan...ditaja sepenuhnya.......jom kita tengok gambar2 sepanjang majlis ni....


 
 
 
 


Sumber gambar : ohbulan


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :