Berita terkini!...3 rakyat Malaysia antara yang terbunuh di dalam serangan bom di Sungai Golok, Selatan Thailand malam semalam. 3 rakyat Malaysia itu adalah Wong Heng Yep, 65, dan cucunya Wong Kai Sen, 3, serta Fong Too Keh, 45.
Menurut laporan dalam Bernama, Heng Yep dan cucunya berasal dari Jalan Hamzah di sini manakala Too Keh berasal dari Kuantan, Pahang.
Heng Yep dan cucu itu difahamkan berada di Sungai Golok bersama keluarganya sejak petang semalam manakala Too Keh datang bersama abang dan rakannya.
Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, seorang lagi yang terbunuh dilaporkan sebagai seorang sukarelawan rakyat negara itu yang berusia 38 tahun.
Letupan berkenaan turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala.
Sabtu, 17 September 2011
3 rakyat Malaysia terbunuh serangan bom di Golok
About lepak.com.my
lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua
3 rakyat Malaysia terbunuh serangan bom di Golok
2011-09-17T19:52:00+08:00
lepak.com.my
Nasional|