Yahoooo..bestnya jadi penjawat awam ni..
Ekonomi naik ke turun ke tetap dapat memacam..rugi lak rase tak apply kat SPA dulu..huhu..
Tapi papehal pun Jay tumpang gembira kat semua penjawat awam yang berjumlah 1.27 juta orang yang bakal menerima bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum Rm500 dari kerajaan pertengahan bulan Ogos ni.
Tak lupa jugak pesara kerajaan pun dapat gak..jeles ni..yang keje swasta tak dapat ekk..??..huhu..alaaa..
So Jay pun nak start calling calling la kengkawan yang keje kerajaan ni nak buat loan..huhu..nak ringankan beban menjelang raya..huhu.
Perkara ini diumukan oleh PM kite hari ini.
Kata beliau “Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri turut berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Kepada kakitangan kerajaan yang dapat berlebihan tu Jay mintak jangan la lupa beri la sedikit kepada orang-orang yang memerlukan ye..sharing is caring kan...
Bagi kat Jay pun okay gak sikit..hehehe...ringan gak nak beli bunga api..