Isnin, 8 Ogos 2011

Terkini: Kejadian Tanah runtuh di Sungai Ruil Tanah Rata, Cameron Highland.


Terkini 3.00pm:

- Tujuh terbunuh dan dua parah dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata.

- Mayat mangsa pertama ditemui jam 6.30 petang manakala tiga mayat terakhir termasuk bayi ditemui jam 1.30 pagi.


- Mayat pertama seorang wanita dikeluarkan pada jam 6.30 petang, manakala lelaki jam 11.25 malam. Dua lagi masing-masing jam 12.25 pagi dan 12.35 pagi. Tiga mangsa terakhir dikeluarkan jam 1.30 pagi.  

- Lima rumah tertimbus dengan empat daripada tertimbus sepenuhnya.

- Mangsa yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.


- Dua mangsa yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut.

Sebelum ni kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat. Ada berita terkini tentang kejadian tanah runtuh di Tanah Rata , Cameroon Highland.

Dilaporkan, lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui iaitu seorang wanita manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.


Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.


Pasukan penyelamat masih berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus.

Diharapkan, masih ada yang terselamat.

Sumber : Berita Harian Online

- Kami warga kerja lepak ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dan semoga anda semua tabah mengharunginya.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :