Sabtu, 13 Ogos 2011

Sejarah Dunia 12 Ogos : Komputer IBM model 5150 pertama dilancarkan pada 1981..


Esok dah weekend dah kan..korang semua apa plan..??..kalau takde plan meh lepak lelama kat portal lepak.com.my ni okay dan bace memacam benda menarik kat dalam ni okay.

Tak nak intro so Pak Ngah Jay shoot terus okay.

Untuk column Sejarah Dunia..hari ini dalam sejarah August 12th, 1981..batch pertama komputer peribadi IBM series 5150 dilancarkan.

Zaman teknologi skrang ni rase nya Jay pikir semua manusia tau ape itu komputer dan lebih tepat lagi skrang ni semua dah mampu nak pakai komputer peribadi atau personal computer.


Harga PC skrang Rm3000 dah bole dapat sebijik tapi back than 20 tahun lepas computer blum sepopular skrang dan tak semua mampu pakai.

Jay ingat lagi dulu main game froggy..antara game legend ketika tu katak melintas jalan..masa tu skrin kaler hijau hitam monochrome lepas tu pakai disc floppy 8" punya la gedabak besar.

Masa tu tahun 1988..nak pakai tak mampu so pegi rumah kawan blajar pakai pc.

Semua pakai dos masa tu takde pun icon kat kiri kanan skrin..huhu..punya la seksa masa tu nak blaja menaip.


Tapi itu cite 20 tahun lepas..tapi still dalam kenangan..tapi rasenya ramai yang tak lalu zaman Jay lalu dulu..dan rata rata tak tau sejarah PC ni.

IBM Personal Computer atau pun dikenali dengan IBM PC ni adalah versi original dan lebih tepat lagi adalah nenek moyang kepada platform hardware IBM PC Compatible.

Mula dilancarkan pada 12 Ogos, 1981 dan nombor siri memula ialah 5150.

Term personal computer ni dah lama digunakan seawal 1972 untuk Xerox PARC's Alto akan tetapi model produk IBM la yang membuatkan term ni famous lebih lebih lagi untuk microcomputer.

Pelan asal IBM mengeluarkan line komputer peribadi ni adalah untuk bersaing dengan beberapa produk terkenal dari syarikat lain seperti Apple II, Commodore PET, keluarga Atari 8-Bit, TRS-80's dan lain-lain.

So memang letih la dorang buat research sebab masa tu Apple pun dah bertapak kukuh kat market.

Jay nak tulis pasal detail data base dan architecture model ni pun Jay memang tak paham..huhu..sebab bukan line Jay..sebab dulu blaja Chemical Engineering so kalau you all nak tau detail nya kene la carik sendiri ye..huhu..sorry.


Masa zaman ni PC ni digunakan lebih kepada tujuan perniagaan atau business purposes sebab masa tu permintaan tak tinggi untuk kegunaan peribadi.

Model asal 1981 IBM PC keyboard masa tu menggunakan keyboard elektronik yang dibangunkan oleh Datamaster system di North Carolina.

Setiap butang pada papan kekuncinya mampu berfungsi dengan berkesan sehingga 100 juta kali butang ditekan

Rasenya kalau Jay tulis detail pepanjang sampai lusa pun tak abis so ini je la yang Pak Ngah Jay nak kongsi.

Banyak lagi detail sejarah ni tapi Jay tak nak terkeluar tajuk..huhu..so kalau nak tau detail sejarahnya just email kat Jay okay.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 12th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 12th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Komputer IBM pertama dilancarkan.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor



..............


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :