Jumaat, 12 Ogos 2011

Sejarah Dunia 11 Ogos : Captain Francis Light membentuk Koloni British di Penang pada 1786.


Evening kanak kanak..Okay la you all..Jay malas nak intro pepanjang so Jay nak skip terus pegi title today yang menarik for us yang bernama Malaysian sebab ni salah satu sejarah penting dalam peradaban tanah melayu satu ketika dahulu.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah August 11th, 1786 Captain Sir Francis Light mewujudkan penempatan Kolonial British di Penang, Malaya dan jugak pengasas Bandar George Town.

Dulu masa sekolah menengah bukak buku sejarah mesti kenal mamat ni sape kan..Francis Light..antara nama omputih famous dalam sejarah Tanah Malaya.

Tapi tau macam tu je la kan..sebab rase nya ramai yang Jay kenal tak minat kat subject sejarah..tapi bagi Jay takde yang past takde la yang present kan..huhu..so okay.

Meh dengar ye kanak kanak pakcik nak cite ni..huhu

Captain Francis Light adalah warga negara British dan dilahirkan di Suffolk, England.

Beliau berkhidmat sebagai Kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763 kemudian dia mula berdagang pulak untuk British East India company pada tahun 1765.

Cite Light bermula apabile kerajaan British mencari pengkalan di kawasan baru di Asia Tenggara akibat saingan daripada Perancis ekoran Perang Napoleon di Europe.

Bile British dah tengok Penang ni sesuai sebagai pelabuhan baru British so depa pun pi hantaq Francis Light ke Kedah berjumpa dengan Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi menubuhkan pengkalan kat Pulau Pinang.

lakonan semula British membuat penempatan di Penang.

Pujuk punya pujuk so Sultan Kedah masa tu dah terpedaya dengan janji mamat Light ni untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasan mamat ni janji British akan bantu tentera Kedah untuk bantuan pertahanan tapi sebenarnya dusta semata mata.

Masa Kedah mintak bantuan British menentang Siam British buat bodoh je sebab Light dah make sure Pulau Pinang dah jatuh kat tangan dorang pada 1786.

So Kedah tak puas hati repeat pi serang pulak Pulau Pinang tapi kalah..ye la..masa tu orang kat tanah melayu pakai lembik dengan keris British dah pakai meriam katak atas tembok..macam mana la nak tembus.

Disebabkan kekalahan ini Kedah terpaksa menyerahkan tanah kat seberang Pulau Pinang kepada British pada 1791 dan dia nama kan pulak Province Wellesley yang sekarang ni dikenali dengan nama Seberang Perai.

Suke suki dia je tukaq tukaq nama..kalau nama dia mat hassan takkan pulak jadi hussin..sengal punya Light.

Untuk memajukan petempatan baru ini, Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang untuk menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang.

Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di situ.

Francis Light tak pernah berkahwin secara rasmi tapi dia ada anak dengan seorang wanita bernama Martina Rozells..nama anak dia William Light iaitu pengasas Adelaide, Australia.

Captain Sir Francis Light dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang Moden or bole Jay kata kan "Bapa Pemodenan Pulau Pinang" ketika itu sebab inisiatif dia memajukan Pulau Pinang kepada sebuah bandar moden dan pelabuhan unggul satu ketika dahulu dan oleh kerana itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang skrang ni diletakkan di Muzium Pulau Pinang.

Walaupun cara Light ni agresif sikit tapi disebabkan mamat ni jugak la Pulau Pinang ni jadi macam ni pada hari ni.


Light mati akibat demam malaria pada 21 Oktober 1794 berumur 54 tahun ketika itu dan disemadikan di perkuburun Katolik di Northam Road yang kite kenal sekarang sebagai Jalan Sultan Ahmad shah.

Banyak lagi detail sejarah ni tapi Jay tak nak terkeluar tajuk..huhu..so kalau nak tau detail sejarahnya just email kat Jay okay.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 11th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 11th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Captain Francis Light membentuk Koloni British di Penang.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :