Selasa, 9 Ogos 2011

Sejarah Dunia 09 Ogos : Nagasaki, Japan diledakkan oleh Bom Atom "Fat Man" pada tahun 1945, 39,000 nyawa terkorban.


Salam 1 Malaysia warga setia lepak..korang dah bukak puasa ke..??..jangan makan bebanyak ok..pastu kalau bole pegi solat terawih..bulan Ramadhan ni berdouble double dapat tau.

So okay la..Jay nak mengimbau kembali kisah sedih yang berlaku 66 tahun lepas apabila ramai warga awam yang tidak berdosa maut dalam ledakkan bom atom dalam perang dunia kedua.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah August 09th, 1945 Bandar Nagasaki di ledakkan oleh Bom Atom atau dalam bahasa omputihnya Atomic Bomb yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan 39,000 orang maut dan puluhan ribu lagi cedera.

Kalau bukak buku sejarah masa belajar kat sekolah dulu memang confirm you all tau pasal Jepun kene bom atom yang membuatkan Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua.

Tapi for sure you all tak tau detailnya kan.

Okay la..Jay nak cite sikit pasal 09 Ogos 1945 ni.


Bom atom pertama meledak di Hiroshima dan bom atom kedua ni kat area nagasaki..tapi disebabkan masa hari pengeboman cuaca tak berapa cun sangat sebab berkabus so bom ni jatuh tersasar sikit dari kawasan sepatutnya.

Bom ni pun ada nama beb..diberi nama "Fat Man" yang Jay rasa atas sebab rupa bentuknya besar dan gemok..huhu.

"Fat Man" ialah codename untuk bom atom yang diledakkan di bandar Nagasaki, Jepun oleh tentera Amerika Syarikat pada August 09th, 1945.

Bom ni merupakan bom kedua diledakkan dalam peperangan..lagi sebijik nama dia “Little Boy” yang digunakan untuk meledakkan Bandar Hiroshima tiga hari sebelum.

“Fat Man” diambil sempena Winston Churchill dan semasa perang dunia kedua ia dibawa oleh Kapal Terbang Bomber B-29 jenis Bockscar, dipandu oleh Major Charles Sweeney dari Skuadron 393d Bombardment, Heavy.

Meledak pada pukul 11.02 AM (waktu Jepun), pada altitud 1,650 kaki (500 m).


Ledakkan ini mengeluarkan kekuatan 21 kilotons TNT ataupun 88 terajoules..huhu..benda ni budak chemistry tau la..huhu..banyak formula nak kene pakai baru tau menda ni.

Kat bawah ni Jay sertakan sekali diagram detail bom ni dan jugak keratan rentasnya.

Diagram "Fat Man".

Diagram "Fat Man"
  1. AN 219 contact fuze (four)
  2. Archie radar antenna
  3. Plate with batteries (to detonate charge surrounding nuclear components)
  4. X-Unit, a firing set placed near the charge
  5. Hinge fixing the two ellipsoidal parts of the bomb
  6. Physics package (see details below)
  7. Plate with instruments (radars, baroswitches and timers)
  8. Barotube collector
  9. California Parachute tail assembly (0.20-inch (5.1 mm) aluminium sheet)
Keratan rentas "Fat Man".

Keratan rentas "Fat Man"

Huhu..Jay dah agak dah mesti terkeluar tajuk..panjang lebar lak Jay cite detail bom ni.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 09th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 09th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Nagasaki, Japan diledakkan oleh Bom Atom "Fat Man".

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


.........

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :