Selasa, 9 Ogos 2011

Sejarah Dunia 08 Ogos : Penerbangan untuk tatapan umum yang pertama Wright Brothers di Le Mans pada 1908.


Selamat pagi you all boys & gurls kat lepak ni..Terima kasih sebab setia kat lepak ni walaupun portal ni takde la sehebat portal-portal yang ada kat dunia ni tapi kami akan cube memperbaiki dan terima kasih jugak atas komen komen bernas dan juga email yang kami receive.

First of all sebelum Jay mulakan write up ni Jay nak mintak maaf okay sebab dah lama tak update column Sejarah Dunia ni..banyak email yang kite orang kat lepak dapat tanya samada column ni dah close ke..oppss..sorry..tak close cume rehat sebentar sebab Jay banyak arrange untuk travel coverage kat luar negara so harap you all paham okay..muahhh..sayang you all.

Bile ada cerita menarik yang berlaku Jay akan buat write up okay..

So tak nak bebel lelama Jay nak keep track dengan title kali ni iaitu penerbangan yang mengubah sejarah penerbangan dunia dari tiada nilai kepada satu seni yang mempunyai pasaran komersil yang terlampau tinggi nilainya.

Kali ni jay ada cite menarik untuk korang yang meminati dunia penciptaan.


Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah August 08th, 1908, Penerbangan pertama untuk tatapan umum dari kapal terbang atau pun glider ciptaan the Wright Brothers ciptaan adik beradik yang Jay boleh labelkan sebagai "The Father of Aviation" atau Bapa Penerbangan.

Jay rase hampir semua makhluk yang dipanggil manusia ni tau ape itu Kapal Terbang..Kapal yang boleh diterbangkan..huhu.

Tapi korang tau ke asal usul Kapal Terbang.

Sejarah Kapal Terbang ni banyak mengubah peradaban dunia bukan sekadar sebagai pengangkutan komersil malah sekarang ni dah digunakan dalam aliran saintifik untuk kajian angkasa lepas.

Asal usul manusia cube terbang ni dah lama dah dibuat dan cuba dibuktikan..sejak dari manusia kenal ape itu burung dan graviti lagi.

Pelbagai orang mencube ciptaan untuk terbang..tapi kebanyakkan nya gagal.

Dari Perancis sampai la ke German..Tapi yang paling famous ialah theory penerbangan dan glider ciptaan adik beradik Wright.


Untuk pengetahuan you all as a reader Jay bukan nak cite pasal sejarah ciptaan nya..Jay cume akan cite pasal kejadian yang berlaku dalam sejarah pada tarikh ini.

Kalau korang nak tau lebih lanjut detail sejarah ni just bagi tau Jay okay..nanti Jay akan buat column lain untuk itu.

Adik Beradik ni dah gagal banyak kali dah dalam merekacipta sebuah glider untuk terbang sehingga kan meraka di gelar "The Bluffeur" oleh komuniti penerbangan Perancis..dan Herald Tribune edisi Paris mengeluarkan headline artikel pada tahun 1906 bertajuk " FLYERS OR LIARS?".

Akhirnya theory dan ciptaan penerbangan mereka ni berjaya jugak pada tahun 1908 apabila test subject yang pertama berjaya pusing di awan biru selama satu minit 45 saat.

Test ni dijalankan di kawasan lapang perlumbaan di Le Mans, Perancis dan buat pertama kalinya untuk orang ramai melihatnya.


Penerbangan ini berjaya membuka mata beberapa orang penting termasuk otai penerbangan Perancis Louis Bleriot.

Warga Perancis masa tu memang teruja la tengok benda ni dan program ni telah melonjakkan nama adik beradik ni sekelip mata.

Semua yang mengutuk dan tak percaya dengan mereka ni akhirnya terpaksa akur dan menerima kejayaan adik beradik ini termasuk la Editor L'Aerophile, Georges Besancon yang menulis "penerbangan ni telah berjaya meleraikan segala ketidakpercayaan".

Sekarang nni segala peninggalan adik beradik Wright ni disimpan di Smithsonian Institution.

So okay la..


Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 08th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 08th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Penerbangan pertama untuk tatapan orang ramai.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :