Jumaat, 5 Ogos 2011

Sah Ally Iskandar Putus Tunang.




Semalam cuma dengar-dengar berita angin tentang cerita putus tunang Ally Iskandar dan hari ini, disahkan bahawa Ally putus tunang pada 30 Julai yang lepas.

Sebelum ni, penjaga gol sensasi Malaysia Apek putus tunang.....ermm.....maybe tak ada jodoh....dan alam pertunangan ni adalah masa untuk kkita saling mengenali pasangan kita..kalau tak sesuai tak perlulah diteruskan.....jom baca komen Ally tentang berita ini yang dilaporkan di gua.com.my

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.


 “Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.

“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.





Sumber : www.gua.com.my




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :