Selasa, 23 Ogos 2011

Nabila Huda bakal bercerai selepas 3 tahun berkahwin




Tak sampai seminggu lagi kita dah nak sambut raya tapi yang tak bestnyer cerita ni ialah pasal seorang artis ni iaitu anak kepada Amy Search , Nabila Huda dilaporkan akan bercerai dengan suaminya  Zaidi Zailaini selepas 3 tahun melayari rumahtangga.

Huhhh...tak habis2.....sebelum ni cerita artis/selebriti putus tunang dan sekarang ni bakal bercerai pula.. Tak ada angin, x ada ribut tiba2 keluar cerita ni...mmg sebelum ni tak ada lah dengar rumahtangga diaorg ni bermasalah.....tapi yelah kan......kita tak tahu apa yang berlaku pada mereka.

Dilaporkan juga Nabila Huda yang nak failkan cerai ni tak dapat diteruskan sebab Nabila terlupa nak bawa sijil nikah.

Kita baca apa kata Nabila:

Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua.

Apa2 pun didoakan yang terbaik untuk kedua pasangan ni.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :