Kabare korang semua kat lepak..??..hope you guys sihat sihat dalam bulan puasa ni..
Ramai yang Jay dengar sakit gastrik la..kena makan ubat la..huhuhu..tapi yang peliknya bulan tak puasa elok la pulak..
Okay la..Hari tu Pak Ngah Jay ada buat review kan pasal bukak puasa kat Saujana Golf so hit dia bukan main lagi kan..ramai la yang email dan yang sms tanya commentary yang Pak Ngah Jay buat hari tu.
Ye la..bulan Puasa ni memang ramai carik tempat makan so ada la jugak yang bertanya tak pegi tempat lain lagi ke..sebenarnya bukan tak pegi tapi tak sempat buat review..sebok mengunyah masa tu and lagi pun first dan second week banyak di habiskan dengan mak dan bapak dan adik beradik.
Next week baru kite orang kat lepak nak buat outing reramai so kalau you all ade suggestion restoran best best ke or ade kengkawan punya restoran ke just bagi tau..or dorang pun bole invite crew lepak ke sana..just email kat Pak Ngah Jay kat alamat ceo@poise.my or bole sms ke mobile office direct line 012-646 6635.
Kali ni Jay nak review pasal berbuka ala western kat Shah Alam.
Ni kalau ada yang berbuka atau berada di kawasan berdekatan Shah Alam la..tapi memang makanan style western..so kepada yang memang suke makanan berat berat ala melayu tempat ni memang tak sesuai..tapi kalau nak cube ape salahnya.
Kali ini lepak.com.my membawa anda ke Restoran Waikiki di Plaza Alam Central Shah Alam.
Bukan kat dalam ye tapi kat bahagian luar so you all cannot miss it..restoran ni bebetul facing Hotel Quality.
Restoran ni takde la besar sangat lebih kurang macam design Starbucks Cafe la..tapi yang Pak Ngah Jay suke is sebab kawasan dia tak ganggu lalu lalang dan table kat luar so kepada yang kaki chimney or serombong kapal memang tempat ni sesuai sangat..huhu.
Restoran ni menghidangkan makanan ala western macam lamb chop, chicken chop dan memacam lagi la.
Dari segi rase cooking takde la superb sangat kalau nak compare dengan beberapa restoran western kat sini macam Restoran Delicious ke or TGI Friday ke or Chillies ke tapi ape yang Pak Ngah boleh cakap is it is okay la not so bad.
Dari segi presentation pun simple tapi bole makan la..so kalau bukak puasa kepada yang nak berbukak tak berat sangat so tempat ni top notch.
Ambiance restoran bagi Pak Ngah Jay terang sangat kat bahagian dalam so tak berapa comfortable nak makan tapi kat bahagian luar cun cun.
Kipas ada kat bahagian dalam so kalau waktu panas baik makan kat bahagian dalam.
Harga pun tak mahal sangat lebih kurang macam harga Steven's kat Uptown Damansara.
Kalau you all berada berdekatan dengan kawasan Shah Alam dan terasa nak berbuka puasa kat restoran takde masalah coz tempat ni okay..you all bole cube dan kalau korang kurang info dan nak kan info lebih pasal tempat ni just email kat Jay detail yang diperlukan dan Jay akan reply okay.
Lepas dah dicampo tolak point..Pak Ngah Jay bagi 5 out of 10 points.
So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat Jay rakamkan untuk tatapan..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit dan Jay tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala dah nampak chicken chop..
So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan
Okay la..
Kalau ada sebarang pertanyaan or nak detail sepenuhnya or nak comment or even nak berkongsi bole la email kat Jay di address di bawah okay.
ceo@poise.my
Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
Selamat menjamu dan selamat berbuka puasa - Jay the Editor