Ahad, 7 Ogos 2011

Going Places : Berbuka puasa di Saujana Impian Golf & Country Club, Kajang.


Hello guys & Baby Gurl..Selamat berpuasa dari kami di lepak.com.my kepada you all yang beragama islam.

Pejam celik pejam celik dah genap seminggu dah kite berpuasa kan..rase macam sekejap sangat dah seminggu..ada tiga minggu lagi kite bakal meninggalkan Ramadhan dan kite akan meraikan kemenangan di bulan Syawal.

Tapi yang Jay tak berapa nak suke is..belum pun start puasa minggu lepas dah pasang lagu-lagu raya dan wishes raya di laungkan di pusat-pusat membeli belah di tanah air.

Yang the best part pulak is semua yang buat benda benda ni bukan nya dari golongan umat islam dan sorry to say berpuasa pun tak..huhu..tapi yang syok nya depa.

Tapi takpe la..janji korang seronok la ye.

Untuk column Jalan-jalan carik makan kali ni Jay nak cite pasal tempat Jay berbuka puasa kali ni.


Okay la..beberapa hari lepas Jay dan crew lepak.com.my pegi la try bukak puasa kat impian Golf & Country Club di kajang.

Jay lambat update sebab Jay pun sebok sikit dengan errand lain so ni kesempatan Jay nak comment sikit pasal tempat ni.

Impian Golf ni terletak kat atas bukit Saujana Impian Kajang yang dikelilingi oleh penduduk kawasan elite.

Berdekatan dengan Tesco dan Surau Saujana Impian so kalau you all nak pegi jumpa je traffic light Saujana maknanya dah betul la tu.

Untuk pengetahuan you all Impian Golf ni bole dikatakan every year since 2005 dulu Jay tak pernah miss singgah bile tibe bulan Ramadhan sebab bole dikatakan dekat jugak la dengan kawasan rumah Jay.


Kalau sebelum ni Jay bole rekemen kan tempat ni untuk berbuka puasa kepada kengkawan tapi tahun ni kureng sikit.

Jay tak tau ape yang kureng tapi memang kureng bebenor la.

Harga dia memang berpatutan la..tak cecah 50 hengget pun tapi tahun ni Jay tak bole nak blahh.

Kalau sebelum ni Jay bole bagi skala 8 dari 10 tapi tahun ni Jay hanya bole bagi 4 out 10 point.

Management kena peka..bile dah diperluaskan kawasan tempat makan so suhu pun kena la jaga jugak tuan manager.

Jangan pandang enteng benda ni..untuk pengetahuan korang Jay dan crew setable 10 orang makan macam dalam sauna.

Mandi peluh satu baju kite orang makan kat table tu.

Cuaca pulak last week panas melengut so pepaham la macam mana tak comfortable nya makan.

Ikut kan hati memang tak nak bayar je..rase macam nak blah terus je tapi kenangkan dah berada dalam bulan mulia ni kesabaran kene tinggi.


Makanan pun Jay rase dah tukar cook chef nya kot sebab seriously satu je lauk Jay bole makan masa tu which is Daging Masak Halia tu aje.

Dari kambing salai..black pepper sauce rase macam air sampai la ke laksa yang taste like feet..memang tak rase nak makan pun.

Tapi yang Jay respect is ada dewan untuk menunaikan Solat di bahagian atas so you all jangan cakap terlepas waktu pulak..huhu.


Kawasan ruang untuk makan berbuka puasa frankly memang besar..the whole stretch foyer tu digunakan sebagai kawasan berbuka dengan dipenuhi meja bulat dan kain scallop warna merah red karer.

Ruang untuk mengambil juadah pulak di alihkan ke bawah foyer so you all bole dapatkan makanan dengan ruang laluan yang luas..tak laga bahu pun.

Kalau you all terasa nak berbuka puasa kat sini takde masalah..you all bole cube dan kalau korang kurang info dan nak kan info lebih pasal tempat ni just email kat Jay detail yang diperlukan dan Jay akan reply okay.

So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat Jay rakamkan untuk tatapan..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit dan Jay tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala dah nampak nasik..

So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan

Okay la..

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.


Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
 
Selamat menjamu dan selamat berbuka puasa - Jay the Editor

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :