Isnin, 22 Ogos 2011

Going Places : Berbuka puasa di Kelab Golf Danau, UKM Bangi.


Arghhh..dah Monday dah kan..mesti kepala masing-masing dah bersuara bosannya nak gi keje..huhu.

Ye la..first day of the week pulak tu dan pejam celik pejam celik dah 3 minggu kite puasa kan..kejap rasenya..tinggal lagi seminggu lebih je kite bakal meninggalkan bulan Ramadhan dan meraikan kejayaan di bulan Syawal.

Memandangkan dah nearly minggu-minggu terakhir so crew lepak.com.my pun mengambil kesempatan berbuka reramai kat luar.


Kali ni lepak.com.my membawa anda semua berbuka kat KELAB GOLF DANAU, UKM BANGI dan kawasan Bangi ni di gazetkan sebagai Bandar Intelektual.

Crew lepak berbuka beramai-ramai pada hari sabtu 20 Ogos lepas tapi takde la ramai sangat pun ada la penuh 2 table bulat tu.

Jay sampai lambat sikit around 7.00pm tapi to be frank tak susah mana pun nak carik kelab ni kalau you all baru first time masuk ke UKM.

Lokasi Kelab Danau ni is just the opposite Hotel Puri Pujangga di dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia so memang susah nak miss la..tapi kalau susah gak nak carik tanya la kat pak guard kat pintu depan tu.

To be frank masakan kelab golf ni sedap jugak la dan memandangkan harga yang kite orang kene bayar pun cume Rm39.90 satu kepala so takde tercapai akal macam Hotel Marriot or Hotel beso beso  kat area Selangor dan KL ni.


Lauk pauk dan kuih muih dia bole masuk tekak kalau nak telan la so takde la rase air or "feet" tapi ada beberapa benda kurang bagi Jay contohnya variety makanan tak banyak so kalau pusing pilih makanan tu tak sampai 5 minit dah habis semua stall yang ada.


Concept tempat ni dia buat open push cart so maknanya kiosk stall la dan buffet dan...jeng jeng jeng..takde refill so kalau korang nak makan make sure penuh kan table dulu..huhu..sebab kalau ulang tayang second round confirm dah banyak hilang.

Makanan yang ada seingat Jay la ada ABC..ikan Bakar..Kueh Teow..Kambing Salai..Sotong dan sampai tak teringat lagi dah yang lain.

Dari segi ambiance pun okay la..takde la cozy sangat takde la tak comfortable sangat memandangkan dia buat pun kat area foyer menghadap padang.

Dari segi suhu area tu korang kalau lucky dapat table best best kat area tengah takde la berwap sangat bile makan tapi kalau nasib tak baik dapat kat area pinggiran dekat dengan kaunter bayaran maknanya mandi sauna la korang ye.

Sediakan la tuala ke or kain good morning.

Dewan untuk Solat pun ada disediakan di bahagian dressing room golfers so kalau korang nak rase macam mana rupa golfer's changing room time la di opennya untuk "members only"..huhu.

 

Favourite dish yang Jay suke dalam banyak banyak makanan kat situ is kambing salai sebab daging dia memang lembut cantik juicy dan jugak lagi satu Jay suke is kuih cheese cake dia memang care rase macam makan kat Secret Recipe.

Area kawasan takde la besar sangat dan tak la kecik sangat so just nice la kalau nak bawak keluarga ke sana.

Harge pun takde la mahal which means affordable la untuk kite yang working class ni.

Lepas dah dicampo tolak point..Pak Ngah Jay bagi 6 out of 10 points.

So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat lepak rakamkan untuk tatapan you all semua..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit dan kite orang tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala crew dah nampak kambing salai..

So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan

Okay la..

Kalau ada sebarang pertanyaan or nak detail sepenuhnya or nak comment or even nak berkongsi bole la email kat Jay di address di bawah okay.

ceo@poise.my




Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
 
Selamat menjamu dan selamat berbuka puasa - Jay the Editor


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :