Gosip lagi.......dikhabarkan Fida Ibrahim dan Mamat Sepah bercinta.......Mesti korang semua kenal kan dua2 artis ni.....Yelah..sebelum ni kan kecoh pasal si Fida ni dalam rancangan Bang Bang Boom...tup2 dengar ada gosip terbaru......
- Fida Ibrahim dimalukan dalam peminangan di Bang Bang Boom
- Fida Ibrahim dimalukan dalam peminangan di Bang Bang Boom - part 2
- Youtube Bang Bang Boom Fida Ibrahim
Ikuti pengakuan mereka berdua yang dipetik dari ohbulan:
Mamat Sepah
“Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.
“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya.
Fida Ibrahim
“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.
“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.
Baca cerita selanjutnya di ohbulan
Semoga berakhir ke jinjang pelamin.
Nak bergaya di hari raya? Dapatkan handbag Paris Hilton n Elle dengan potongan harga sehingga 15%. Dapatkan segera!