Salam semua dan selamat berpuasa. Memandangkan hari ni first puasa so mood nak keje tu belum sampai lagi...huhuhu...so hari ni nak sambung story saya semasa berkunjung ke Vietnam baru-baru ini. Kalau nak baca entri saya sebelum ni tentang Vietnam, boleh klik pada link kt bawah ni yer....
Cu-Chi Tunnel, Vietnam
Going Places: Halal @ Saigon Ho Chi Minh, Vietnam
Going Places : Saigon Seri Penang, Vietnam
Semasa di Vietnam, saya dapat menjejakkan kaki di di Delta Mekong yang terkenal kerana kesuburannya, terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Ho Chi Minh. Sempat jugaklah tidur dalam bas sementara nak sampai di Delta Mekong ni.
Delta Mekong ni meliputi sebahagian besar tenggara Vietnam dengan keluasan 39,000 kilometer persegi serta terkenal dengan padinya yang sangat subur. Pada sesiapa yang nak lihat kehidupan tradisional masyarakat Vietnam, inilah tempatnya.
Yang bestnya korang akan dibawa melayari Sungai Mekong, sungai ke-12 terpanjang di dunia yang mengalir ke beberapa negara antaranya China, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Kami telah di bawa menyusuri Sungai Mekong ke Pulau Unicorn iaitu pulau terbesar dari empat pulau di sungai berkenaan dengan menaiki bot kayu.
Di Unicorn, saya berpeluang melihat aktiviti penduduk kampung seperti menternak lebah madu dan menikmati makanan tradisi seperti kerepek pisang, halwa buah-buahan serta air madu lebah dicampur limau kasturi. Di samping itu, lawatan ke perusahaan membuat coklat dari kelapa memang seronok dan satu pengalaman baru. Di sini dapat melihat sendiri bagaimana nak hasilkan coklat dari kelapa. Kalau berminat boleh beli terus pelbagai produk yang dihasilkan.
Cara buat coklat dari kelapa |
Coklat yang sedang dibungkus |
Air madu yang disediakan |
Makanan yang disediakan. |
Persembahan muzik dari penduduk tempatan |
Sambil-sambil berjalan tu, kita boleh juga menikmati buah-buahan tempatan sambil boleh mendengar muzik dan nyanyian tradisioanl oleh penduduk tempatan. Nak bagi tip pun boleh kalau nak....
Kami juga dibawa ke sebatang sungai kecil dipenuhi nipah dengan air sungai berwarna coklat tapi cukup bersih tanpa dicemari sampah sarap atau bau kurang menyenangkan.
Di sungai ini, kami dibawa menaiki sampan kecil yang boleh memuatkan empat penumpang dan dikendalikan dua pengayuh, kebanyakannya wanita yang mengenakan pakaian tradisional. Kami akan dihantar ke bot kayu yang kami naiki sebelum ni.
Yang paling best, semasa dalam perjalanan pulang, kami diberikan air kelapa setiap seorang...bolehlah menghilangkan dahaga.....:)
Apa2 pun, pengalaman ini memang tak akan dilupakan.....