Meta tag adalah HTML tag yang berada didalam HEAD section pada skrip laman web atau blog korang. Untuk makluman, meta tag tidak akan kelihatan di dalam page anda. Setiap meta tag yang diletakkan pada laman web korang akan membantu enjin pencari/crawler memahami laman web/blog korang dengan lebih mudah semasa diindex. Secara ringkasnya meta tag ini mengandungi maklumat ringkas tentang blog. Meta tag ini tidak ada secara automatik dalam blog korang tetapi korang kena tambah sendiri supaya blog korang ni mesra SEO.
Meta tags ini pula terbahagai kepada 2 iaitu:
- Meta description tag
- Meta keywords tag
Meta Description Tag
Ini adalah penerangan ringkas mengenai laman/blog korang. Apa yang perlu diletakkan di sini ialah perlu terangkan serba ringkas mengenai laman/blog korang disini. Penerangan tidak perlu panjang, lebih kurang 100- 200 perkataan. Kalau boleh penerangan ringkas itu berdasarkan contents dan niche blog tersebut dan bolehlah diletakkan beberapa keyword bersama-sama penerangan tersebut.
Di meta keywords digalakkan untuk letakkan 10-15 keyword yang berkaitan niche blog korang. Contohnya blog korang banyak menceritakan tentang tutorial, letaklah keyword tentang tutorial dan sebagainya untuk tambahan. Kalau boleh cari keyword yang betul-betul penting bagi blog korang. Meta keywords akan memberitahu crawler keyword/katakunci mana yang anda gunakan pada laman/blog tersebut.
Cara letak Description dan keyword dalam blog
Okay, harap-harap korang dah faham serba sedikit apa itu meta tag dan sekarang saya nak share dengan korang macammana nak letak kedua-dua meta tag ni dalam blog.
1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Expand widget templates dan tekan CTRL + F untuk mencari kod berikut:
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
2. Letakkan kod berikut di atas kod yang korang cari di step 1 tadi.
<meta content='Description' name='description'/>
<meta content='Keywords' name='keywords'/>
Tukarkan perkataan yang berwarna merah di atas
Description = Penerangan ringkas tentang blog
Keywords = Keywords bagi blog korang dan sesuai dengan niche blog
3. Save dan Preview.
kredit tutorial: jamaluddin.net

Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini