Gambar, video dan berita terkini Perhimpunan BERSIH 2.0
Terkini :
Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang polis telah membuat 1,401 tangkapan membabitkan 1,273 lelaki, 115 wanita, 12 orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Kesemua mereka ditahan untuk siasatan dan sebahagian besarnya dibawa ke Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) Jalan Semarak.
6.30 petang
Datuk S Ambiga dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan selepas memberi keterangan pada pihak polis.
Sekitar 5.30 petang
Jalan-jalan mula dibuka kepada awam, perniagaan mula dibuka.
4.56 petang
Penyokong BERSIH mula bersurai di Stadium Merdeka dan keadaan terkawal dan kembali tenang.
3.37 petang
Dua kumpulan lagi muncul yang disertai 5000 peserta bergerak ke Stadium Merdeka.
3.24 petang
Kumpulan kedua tiba di sini diketuai A Samad Said manakala kumpulan ketiga diketuai R Sivarasa menjadikan jumlah penyokong Bersih mencecah kira-kira 2,000 orang di Stadium Merdeka.
3.01 petang
Polis berkata, sebanyak 672 ditahan sehingga 2.30 petang (624 lelaki dan 48 wanita).
3.00 petang
Nurul Iman, Nurul Nuha, Maria Chin, Ambiga, Abdul Hadi Awang ditahan polis.
2.51 petang
Kira-kira 500 penyokong Bersih tiba di luar stadium namun tidak dapat masuk ke bangunan itu kerana di halang polis.
2.45 petang
Empat pemimpin tertinggi pergerakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya, Khairy Jamaluddin ditahan kerana berdegil untuk meneruskan perhimpunan Patriot yang bermula di Jalan Bukit Bintang di sini, petang Sabtu.
Tiga yang lain adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid; Exco Pemuda Umno, Lokman Adam dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
1.25 petang
514 orang ditahan sehingga 12.30 tengah hari (478 lelaki dan 36 wanita).
12.55 tengah hari
Sebanyak 441 ditahan sehingga 12 tengah hari. 421 lelaki dan 20 wanita.
12.00 tengah hari
Polis mengesahkan seramai 338 orang termasuk 17 wanita ditahan di sekitar Kuala Lumpur.
11.00 pagi
- 236 ditahan sehingga kini. 228 orang adalah lelaki dan lapan lagi wanita.
- Seramai 102 orang ditahan di Kampung Baru kerana memiliki baju-T Bersih, 11 ditahan di Stesen KTM Kuala Lumpur berdekatan Masjid Negar.
Sumber : mstar.com.my, Berita Harian, Utusan Malaysia