Ahad, 31 Julai 2011

Khairul Fahmi@Apek Putus Tunang!





Berita panas hari Ahad....huhuh...penjaga gol sensasi Malaysia Khairul Fahmi Che Mat atau pun Apek putus tunang dengan Elia......huhuhu.............sebelum ni ada dgr2 berita yang tak sedap didengar pasal pasangan ni yg dikatakan ada masalah...dan akhirnya dah putus tunang.......apa nak buat kan...dah tak ada jodoh.....mungkin ada hikmahnya...

Tetiba teringat cerita putus tunang Mawi dan Ina dulu.....macam ada persamaan plak.....bila dah ada di puncak kegemilangan..ada ajer halangan dan rintangan....tulah kan....alam bertunang ni mmg byk dugaan..terlalu banyak.....sama ada kita sanggup laluinya ataupun tidak....

Okaylah...jom kita baca kenyataan Khairul Fahmi.....sebelum ni cuma dengar kenyataan sebelah pihak ajer kan....


Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. 


Apa2pun......saya kagumlah dengan Khairul Fahmi ni......walaupun ada masalah dengan tunang sebelum ni, dia still boleh bagi persembahan terbaik masa perlawanan antara Malaysia dan Singapura Khamis lalu.......terbaik lah masa tu....macam tak ada masalah jer masa tu.....masih boleh bezakan kerjaya dan personal...

Harap2 masih ada jalan penyelesaian antara kedua pasangan ini dan masih belum terlambat....harap2 ada berita baik....:)


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :