Selasa, 19 Julai 2011

Blogger diarah bayar menteri

Berikut adalah petikan berita dari Berita Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit. 

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.


Ermmm.....akhirnya blogger tersebut telah pun diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada  Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit. Apa komen korang?...


Pada pendapat saya lah kan, sebagai blogger kita kena lah menjaga etika kita sebagai blogger. Jangan sampai nanti org cakap blogger ni suka buat cerita yang tak betul. Jangan mengaibkan orang lain. 


Sebagai blogger, sebenarnya kita ni ada pengaruh juga.......so bila orang baca artikel atau apa yang kita tulis dalam blog kita ada yang akan percaya...kalau cerita yang kita tulis tu betul okaylah. Tapi kalau berita tu tak betul, kan dah jadi fitnah dan mengaibkan orang lain.

Tapi dalam kes ni kita pun susah nak pastikan saper yang betul saper yang salah....entahlah....apa2pun korang boleh baca komen blogger ni dalam  sharpshooterblogger.blogspot.com.


Mungkin tindakan yang dikenakan kepada blogger ni menjadi iktibar kepada saya dan blogger lain di luar sana supaya lebih berhati2 di masa akan datang.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :