Isnin, 20 Jun 2011

Tips elak blog digodam




Pada minggu lepas kita dikejutkan dengan insiden laman web .gov.my yang telah digodam. Tak cukup dengan itu ada juga berita yang mengatakan blog-blog juga telah digodam! Berita ini saya baca daripada blog saudara Faisal (2dayblogger). Antara blog yang dah digodam adalah


Okaylah......bagi mengelakkan dari serangan hackers ni mungkin kita boleh buat langkah pencegahan walaupun tak 100% berkesan tapi at least kita dah cegah awal2 kan....mencegah lebih baik dari mengubati.

Bagi blogger yang gunakan blogger.com sebagai platform blog macam saya ni.....bolehlah guna cara2 berikut:

Tukar password

Pastikan korang tukar password yang agak mudah untuk di hack. Password yang kuat adalah yang mempunyai lebih dari 8 huruf, ada uppercase dan lowercase, gabungan nombor dan huruf dan elakkan daripada menggunakan no ic, no kereta, tarikh lahir dan lain2 pengenalan diri. Pastikan juga password korang tu tak sama dengan password akaun bank, facebook dan sebagainya.

Backup blog


Buat full backup untuk entri blog korang dan backup template korang. Sebaik2nya buatlah backup tu seminggu sekali...kalau rajin tu buatlah setiap hari. Then simpan dalam satu folder dalam pc korang supaya senang nak cari nanti. Tutorial lengkap sila rujuk entri saya sebelum ini Tutorial: Cara backup post blog. Sekurang-kurangnya kita memang dah ada backup kalau terjadi sesuatu pada blog kita kan...tapi kalau boleh tak nak lah kan....huhuh....


Bagi korang yang gunakan wordpress sebagai platform boleh rujuk blog saudara Faisal sebagai rujukan dan tutorial ok....

Setakat ini sahaja.. selamat berblog dengan ceria....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :