Jumaat, 17 Jun 2011

Senarai laman web kerajaan yang digodam



Serangan-serangan tersebut dikesan bermula pada jam 11.30 malam, 15 Jun 2011. Pihak SKMM juga  mengesahkan bahawa 51 laman web .gov.my telah diserang dan daripada angka tersebut sekurang-kurangnya 41 laman web mengalami gangguan pada tahap-tahap yang berbeza.

Bagaimanapun, kita tidak menjangkakan proses pemulihan lamanlaman web ini mengambil masa yang lama kerana kebanyakannya telahpun pulih daripada serangan tersebut.

Hasil pemantauan pihak SKMM menunjukkan bahawa serangan telah mula berkurangan mulai jam 4.00 pagi (16 Jun 2011) dan setelah dilakukan pemeriksaan lanjut, setakat ini mendapati tiada kesan ketara ke atas pengguna di Malaysia hasil daripada serangan ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam berikutnya.

Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman `Anonymous’ mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui `Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi semalam, dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

`Anonymous’ ditubuhkan pada 2003 dengan moto `We are Anonymous. We are legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us’ (Kami tidak bernama. Kami kumpulan besar. Kami tidak memaafkan. Kami tidak akan Lupa).


Selain Malaysia beberapa negara lain turut diserang penggodam termasuk baru-baru ini Turki. Laman web CIA juga telah digodam!

Berikut adalah senarai laman web yang telah digodam.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :