Pendakian kali ni ialah ke Bukit Broga, Semenyih Selangor. Bagi pendaki, Bukit Broga ni mungkin dah tak asing lagi lah kan. Kalau nak bersantai2 dengan family bawak anak2 bolehlah ke Bukit Broga ni. Sesuai untuk seisi keluarga mengisi masa lapang.
Semasa pendakian saya 2 minggu lepas, ramai betul yang datang mendaki dengan family masing-masing. Student pon ramai.
Sepanjang perjalanan, korang boleh tengok pemandangan pokok-pokok yang tumbuh disekitarnya dan trek yang agak mencabar jugak sebab ada dalam satu-satu masa pendaki kena berenti untuk beri laluan kepada pendaki lain sebab trek yang kecil.
Apa yag best tu, sebelum nak start pendakian tu ada beberapa gerai dibuka jual air dan sebagainya.
Info berkaitan Bukit Broga, Semenyih
- Bukit Broga setinggi 380 meter
- Pendakian mengambil masa kira-kira 30 minit ke 1 jam
- Dicadangkan bermula selepas subuh sekitar 6.00 am dan jika cuaca baik anda berpeluang melihat matahari terbit (sunrise) bila tiba di atas.
- Antara cabaran ke Bukit Broga ini ialah trek tanpa akar pokok, agak licin dan berdebu ketika kering.
- Ladang kelapa sawit dijadikan sebagai tempat parking (bayar RM2).
- Pengangkutan paling mudah naik kenderaan sendiri, dari KL ke Semenyih ambil masa kira-kira 1 jam setengah.
- Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih.
Jom kita tengok gambar2 yang sempat di ambil semasa pendakian.
Antara gerai yang dibuka sebelum pendaki meneruskan pendakian |